Bersama meningkatkan bekalan darah negara





Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kesihatan




 

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 9 Mei. - Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan kempen derma darah di beberapa tempat di negara ini.


Jadual kempen-kempen derma darah seperti yang tertera dalam gambar rajah.


Orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.


Orang ramai juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) untuk menderma darah pada hari-hari bekerja bermula 8 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.30 petang hingga 4 petang.


Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah adalah sangat digalakkan.


Close